Friday, June 20, 2014

Trip to Bali, Indonesia - Day 1 (Rama-Rama, Monyet)

Yeah, satu lagi trip menarik yang ditunggu-tunggu kini dah kesampaian...trip to Bali. 

First time menjejakkan kaki di kota Denpasar, Bali..saya rasa cukup teruja..ya la kan..banyak orang cakap yang Bali ni sangat cantik, unik, dan antara destinasi pelancongan paling popular di dunia...so, teringin juga nak tengo dan merasa sendiri suasana kehidupan di Bali..mesti seronok..

Kami berlepas dari Kota Kinabalu menuju ke Denpasar, Bali sekitar jam 5.40ptg hari Selasa (10 Jun) dan mendarat sekitar jam 8.00 malam..sampai ja di Bali, kami disambut oleh dua jejaka Indon yang akan jadi guide kami sepanjang trip kat sana. Namanya Bugu dan Vicky...

Kami trus dibawa ke Hotel Ratna dengan menaiki bas carter pelancong..bas tu sederhana besar...muat lah rombongan kami sebanyak 25 orang...sampai hotel..terus makan malam..lepas tu tido...tapi member yang lain, ramai yang keluar pergi kelab malam terus...laaaa, tak penat ker dorang ni..pas tu balik subuh..

Esoknya kami memulakan trip menjelajah Bali. First destination ialah taman rama-rama..macam biasa lah, rama-rama jer yang banyak..kalau nak beli sovenir pun boleh, tapi saya sarankan, tak payahlah beli banyak kat sana sebab harga jauh lebih mahal..

Lepas tu, kami dibawa ke Ulun Danu, antara tempat paling cantik kat Bali..tempat ni memang bersejarah..kat sini ada temple yang cantik tersergam indah membelakangi sebuah tasik laut yang besar..memang tak sah kalau korang tak ambil gambar kat sini..selain tu boleh juga main jetski dan memancing..tapi kena bayar la..main jetski bayar 200ribu rupee atau sekitar rm70..

Selesai jalan-jalan menikmati keindahan dan menikmati lunch kat sana, kami bertolak pergi ke pusat perlindungan monyet..pergh! banyak betul monyet kat sana. Jangan takut, setiap lima orang pengunjung akan ditemani oleh seorang penjaga yang akan jadi pelindung korang dari monyet monyet ni..selain monyet, korang boleh juga bergambar dengan ular dan kelawar gergasi..kalau nak bergambar dengan kelawar tu, korang akan bergambar dengan sekor kelawar bernama Dona..cantik betul nama dia kan..oh ya, nak ambik gambar kena bayar..kat signboard ada ditulis rp60ribu untuk bergambar tapi korang sebenarnya masih boleh tawar menawar...cuba saja tawar minta kurang ke rp20ribu...minta tolong dengan local atau guide korang..pasti dapat kurang punya la..

Kat Sabah pun banyak monyet juga sebenarnya...siap ada urangutan lagi..so, tak lah begitu teruja sangat tengok monyet kat Bali..tapi kena ingat yer, monyet adalah salah satu haiwan yang dianggap sacred oleh masyarakat majoriti Hindu kat Bali, jadi pandai pandailah tunjukkan sikap hormat.

Selesai tengok monyet, kami pun menuju pulang ke hotel..ada juga singgah sebentar kat satu tempat untuk makan malam..sampai hotel, bagi yang kaki pub, tiba masa untuk mereka menikmati nightlife kat Bali.

Saya....terus zzzzz..penat sangat...

Wednesday, June 4, 2014

Tamu Tamparuli

Dah lama tak pergi tamu Tamparuli hari Rabu..kat tamu memang banyak benda yang boleh dilihat dan dibeli..murah pula tu. Kalau nak tengok sayur kampung yang jarang dilihat, pergilah kat mana-mana tamu. Mesti ada sayur hutan punya.

Cuma yang tak syok ialah bila terlalu banyak kereta sana sini sampai  laluan jammed..tapi kelmarin saya pergi, ok saja keadaan lalulintas. Mungkin sebab hujan awal pagi menyebabkan sikit orang turun..dan tahniah juga kepada para anggota Rela yang berjaya mengawal lalulintas dengan baik..good good good.
Tamu tamparuli

Tamu Tamparuli dekat jambatan gantung

Kraftangan di Tamu Tamparuli
Macam-macam ada
Parang buatan tangan

Anak ayam pelbagai warna pun ada..
Sempat juga beli empat ekor anak ayam pelbagai warna, oren pink hijau dan purple..tapi kasian betul, sampai rumah jer, anak ayam warna oren menemui ajal selepas dimakan oleh sang kucing yang licik.. T-T

Monday, June 2, 2014

Pandainya AirAsia buat promosi! Free Seat dibuka sekarang!!


Jom travel ke destinasi impian anda bersama AirAsia..sekarang ni tengah hot promosi tempat duduk percuma AirAsia. Tapi korang jangan konpius ya, tempat duduk saja yang percuma..lain-lainnya seperti airport tax, fuel charge, bagasi, dan makan minum dalam kapal tu, kena bayar juga..biasalah kalau AirAsia, nak booking tempat duduk pun kena bayar juga selalunya. Tapi ia bergantung juga kepada destinasi dan kelas penerbangan. Bayaran tempat duduk berbeza mengikut kedudukan. Paling murah ialah sekitar RM5 iaitu tempat duduk di bahagian tengah dekat dengan enjin kat sayap kapal terbang. Kalau pesawat goyang, maka memang terasa lah goyangannya..dan paling tak best bila terpaksa dengar bunyi bising enjin..apa lagi kalau flight jarak jauh..fuh!! Tapi tak per...janji murah dan dapat melancong atau balik kampung! hehe

Kat bawah ni adalah harga promosi AirAsia sekarang..kalau korang ada plan nak jalan-jalan, buat lah booking kat laman web AirAsia dot com ni hah...

Fly from Kuala Lumpur International Airport 2 (klia2), Kuala Lumpur to:
DomesticAll-in-fare from
Kuala TerengganuRM 29.00
PenangRM 29.00
Johor BahruRM 29.00
Alor SetarRM 29.00
Kota BharuRM 29.00
LangkawiRM 29.00
KuchingRM 59.00
SibuRM 59.00
Kota KinabaluRM 69.00
BintuluRM 69.00
TawauRM 79.00
MiriRM 89.00
LabuanRM 99.00
SandakanRM 109.00
InternationalAll-in-fare from
Brunei
BruneiRM 95.00
China
ChongqingRM 219.00
GuangzhouRM 165.00
GuilinRM 160.00
KunmingRM 130.00
NanningRM 130.00
ShenzhenRM 165.00
WuhanRM 219.00
Hong Kong
Hong KongRM 140.00
Indonesia
BaliRM 85.00
BalikpapanRM 130.00
Banda AcehRM 55.00
BandungRM 70.00
JakartaRM 70.00
LombokRM 130.00
MakassarRM 150.00
Medan – KualanamuRM 57.00
PadangRM 55.00
PalembangRM 55.00
PekanbaruRM 55.00
SemarangRM 95.00
SoloRM 95.00
SurabayaRM 70.00
YogyakartaRM 65.00
India
BangaloreRM 229.00
ChennaiRM 199.00
KochiRM 139.00
KolkataRM 199.00
TiruchirappalliRM 139.00
Cambodia
Phnom PenhRM 55.00
Siem ReapRM 65.00
Laos
VientianeRM 125.00
Myanmar
MandalayRM 189.00
YangonRM 65.00
Macau
MacauRM 140.00
Philippines
CebuRM 120.00
KaliboRM 160.00
ManilaRM 163.00
Singapore
SingaporeRM 55.00
Thailand
Bangkok – Don MueangRM 65.00
Chiang MaiRM 95.00
Chiang RaiRM 159.00
Hat YaiRM 55.00
KrabiRM 55.00
PhuketRM 55.00
Surat ThaniRM 55.00
Vietnam
HanoiRM 110.00
Ho Chi Minh CityRM 105.00

Kalau nak tengok full list destinasi dan origin, boleh kunjungi laman web AirAsia.. Peluang nak pergi melancong ni tau..dan kepada yang dah lama tak balik kampung, maka inilah peluang untuk korang jimatkan kos balik kampung...sekian.

P/s: Nak pergi ikut event menari ala ala chiken dance bersama MAGGIE BIG AYAM ni..jom!!