It's 22nd March and that's the day that we were waiting for..Trip to South Korea..wohoo! Siapa tak seronok kalau dapat peluang pergi jalan-jalan ke Korea..kan kan kan..pas tu singgah lagi kat Manila..dua tempat sekaligus gitu..
 |
Kamay Kainan...apa maksudnya?? |
Pengalaman di Korea dari Day 1 sampai lah ke Day 4 sudah pun saya kongsikan di blog ini..kalau korang sudi nak baca, boleh layari link entri
Day 1,
Day 2,
Day 3, dan
Day 4 ini yer.
Kat entri ni saya saja nak kongsi pengalaman hari pertama di Manila. Trip kami pergi Korea ini ambik route pergi balik KK-Manila dan Manila-Seoul. Kami bertolak hari Sabtu jam11pagi dari Kota Kinabalu dan sampai sekitar jam1 petang kat Manila. Masih ada banyak masa untuk jalan-jalan sebelum sampai masa flight ke Seoul jam 2pagi Ahad.
Sampai saja di Manila, kami disambut oleh keluarga angkat member sorang ni. Nama brother tu ialah Mirdad. Dia memang selalu bawa tourist dari Malaysia dan memang dah fasih cakap Melayu. Kami dibawa dulu pergi ke shopping kompleks terbesar kat Filipina iaitu SM..sangatlah crowded..kat sana kami makan tengah hari dan jalan-jalan sampai jam5 gitu.
 |
Aktiviti semasa menunggu bas |
Keluar dari SM, kami dibawa pergi ke Legend. Ini ialah tempat spa dan restoran seafood. Di sini lah kami merehatkan diri sambil menunggu flight jam2 pagi. Kami mandi jacuzzi dan sauna. Pas tu makan bufet ala-ala steamboat. Makan lah sampai kenyang. Kalau nak minta urut pun boleh. Tapi di tempat mandi jacuzzi itu, orang Muslim memang tidak digalakkan masuk sebab isu aurat..saya pun terkejut badak bila nampak semua orang dalam tu mandi bogel...erk!!! kena kejutan budaya gua..nasib baik ada tuala disediakan. Nasib baik juga area lelaki dan perempuan diasingkan. Tempat ini sesuai sebagai tempat rehat sementara saja. Kalau nak tidur dan nak lebih privacy, pergi lah sewa hotel.
 |
Muka mengantuk tapi masih sempat senyum..selipar pun bawa keluar..pssst!! jangan bagi tau pemilik spa tu yer.. |
Dah makan, dah mandi, dah urut..kami tunggu masa berjalan sampai jam12 tengah malam sebelum bertolak ke airport..end of the first day at Manila.