Monday, June 2, 2014

Pandainya AirAsia buat promosi! Free Seat dibuka sekarang!!


Jom travel ke destinasi impian anda bersama AirAsia..sekarang ni tengah hot promosi tempat duduk percuma AirAsia. Tapi korang jangan konpius ya, tempat duduk saja yang percuma..lain-lainnya seperti airport tax, fuel charge, bagasi, dan makan minum dalam kapal tu, kena bayar juga..biasalah kalau AirAsia, nak booking tempat duduk pun kena bayar juga selalunya. Tapi ia bergantung juga kepada destinasi dan kelas penerbangan. Bayaran tempat duduk berbeza mengikut kedudukan. Paling murah ialah sekitar RM5 iaitu tempat duduk di bahagian tengah dekat dengan enjin kat sayap kapal terbang. Kalau pesawat goyang, maka memang terasa lah goyangannya..dan paling tak best bila terpaksa dengar bunyi bising enjin..apa lagi kalau flight jarak jauh..fuh!! Tapi tak per...janji murah dan dapat melancong atau balik kampung! hehe

Kat bawah ni adalah harga promosi AirAsia sekarang..kalau korang ada plan nak jalan-jalan, buat lah booking kat laman web AirAsia dot com ni hah...

Fly from Kuala Lumpur International Airport 2 (klia2), Kuala Lumpur to:
DomesticAll-in-fare from
Kuala TerengganuRM 29.00
PenangRM 29.00
Johor BahruRM 29.00
Alor SetarRM 29.00
Kota BharuRM 29.00
LangkawiRM 29.00
KuchingRM 59.00
SibuRM 59.00
Kota KinabaluRM 69.00
BintuluRM 69.00
TawauRM 79.00
MiriRM 89.00
LabuanRM 99.00
SandakanRM 109.00
InternationalAll-in-fare from
Brunei
BruneiRM 95.00
China
ChongqingRM 219.00
GuangzhouRM 165.00
GuilinRM 160.00
KunmingRM 130.00
NanningRM 130.00
ShenzhenRM 165.00
WuhanRM 219.00
Hong Kong
Hong KongRM 140.00
Indonesia
BaliRM 85.00
BalikpapanRM 130.00
Banda AcehRM 55.00
BandungRM 70.00
JakartaRM 70.00
LombokRM 130.00
MakassarRM 150.00
Medan – KualanamuRM 57.00
PadangRM 55.00
PalembangRM 55.00
PekanbaruRM 55.00
SemarangRM 95.00
SoloRM 95.00
SurabayaRM 70.00
YogyakartaRM 65.00
India
BangaloreRM 229.00
ChennaiRM 199.00
KochiRM 139.00
KolkataRM 199.00
TiruchirappalliRM 139.00
Cambodia
Phnom PenhRM 55.00
Siem ReapRM 65.00
Laos
VientianeRM 125.00
Myanmar
MandalayRM 189.00
YangonRM 65.00
Macau
MacauRM 140.00
Philippines
CebuRM 120.00
KaliboRM 160.00
ManilaRM 163.00
Singapore
SingaporeRM 55.00
Thailand
Bangkok – Don MueangRM 65.00
Chiang MaiRM 95.00
Chiang RaiRM 159.00
Hat YaiRM 55.00
KrabiRM 55.00
PhuketRM 55.00
Surat ThaniRM 55.00
Vietnam
HanoiRM 110.00
Ho Chi Minh CityRM 105.00

Kalau nak tengok full list destinasi dan origin, boleh kunjungi laman web AirAsia.. Peluang nak pergi melancong ni tau..dan kepada yang dah lama tak balik kampung, maka inilah peluang untuk korang jimatkan kos balik kampung...sekian.

P/s: Nak pergi ikut event menari ala ala chiken dance bersama MAGGIE BIG AYAM ni..jom!!

Thursday, May 29, 2014

Memancing di Gayang, Tuaran

First time pergi memancing. Seronok pula. Saya dan kakak pergi memancing kat tiang jambatan Gayang, Tuaran..bayaran untuk khidmat bot ialah Rm5 seorang. Memancinglah sampai puas.

Untuk first timer macam saya ni  dapat sekor ikan kerapu bersaiz jari pun dah kira okay la..hehehe

Thursday, May 8, 2014

Trip to Manila, Filipina - Day 1 (SM Mall, Spa)

It's 22nd March and that's the day that we were waiting for..Trip to South Korea..wohoo! Siapa tak seronok kalau dapat peluang pergi jalan-jalan ke Korea..kan kan kan..pas tu singgah lagi kat Manila..dua tempat sekaligus gitu..
Kamay Kainan...apa maksudnya??

Pengalaman di Korea dari Day 1 sampai lah ke Day 4 sudah pun saya kongsikan di blog ini..kalau korang sudi nak baca, boleh layari link entri Day 1, Day 2, Day 3, dan Day 4 ini yer. 

Kat entri ni saya saja nak kongsi pengalaman hari pertama di Manila. Trip kami pergi Korea ini ambik route pergi balik KK-Manila dan Manila-Seoul. Kami bertolak hari Sabtu jam11pagi dari Kota Kinabalu dan sampai sekitar jam1 petang kat Manila. Masih ada banyak masa untuk jalan-jalan sebelum sampai masa flight ke Seoul jam 2pagi Ahad.

Sampai saja di Manila, kami disambut oleh keluarga angkat member sorang ni. Nama brother tu ialah Mirdad. Dia memang selalu bawa tourist dari Malaysia dan memang dah fasih cakap Melayu. Kami dibawa dulu pergi ke shopping kompleks terbesar kat Filipina iaitu SM..sangatlah crowded..kat sana kami makan tengah hari dan jalan-jalan sampai jam5 gitu. 
Order makanan....then
Sampai nasi ayam gorengnya...sayur tak der langsung yer?? Tak per...I makan jer.
Harga makanan kat sana memang murah kalau banding dengan Kota Kinabalu. Saya ambik menu nasi ayam goreng. Ayamnya memang besar dan mengenyangkan. Harga sekitar 70Peso atau RM5 gitu. Lepas makan, kami jalan-jalan cuci mata. Shopping mall ni memang sangat besar tapi kami tak lah round semua. Siap ada court untuk main ice skating lagi kat dalam tu.
Court main ice skating
Aktiviti semasa menunggu bas

Keluar dari SM, kami dibawa pergi ke Legend. Ini ialah tempat spa dan restoran seafood. Di sini lah kami merehatkan diri sambil menunggu flight jam2 pagi. Kami mandi jacuzzi dan sauna. Pas tu makan bufet ala-ala steamboat. Makan lah sampai kenyang. Kalau nak minta urut pun boleh. Tapi di tempat mandi jacuzzi itu, orang Muslim memang tidak digalakkan masuk sebab isu aurat..saya pun terkejut badak bila nampak semua orang dalam tu mandi bogel...erk!!! kena kejutan budaya gua..nasib baik ada tuala disediakan. Nasib baik juga area lelaki dan perempuan diasingkan. Tempat ini sesuai sebagai tempat rehat sementara saja. Kalau nak tidur dan nak lebih privacy, pergi lah sewa hotel.
Muka mengantuk tapi masih sempat senyum..selipar pun bawa keluar..pssst!! jangan bagi tau pemilik spa tu yer..

Dah makan, dah mandi, dah urut..kami tunggu masa berjalan sampai jam12 tengah malam sebelum bertolak ke airport..end of the first day at Manila.