Tuesday, April 29, 2014

Trip to Seoul, S.Korea - Day 4 (Herbs, Cosmetics, and Korean War Muzeum)

Inilah last day kami berada di Seoul, Korea Selatan. Hari ini kami habiskan masa melawat kilang herba, kilang ginseng, kilang membuat seaweed kertas, pergi Korean War Muzeum, dan pergi shopping kat pasar malam di Myeongdong Street.

Nah, kalau korang ni jenis yang sangat menitikberatkan kesihatan dan kecantikan maka bersedialah membuat pilihan dan sediakan wang beribu riban. Kat kilang ginseng dengan kilang herba, kita akan dilayan oleh pelayan yang bisa bercakap Melayu dan kalau nak Inggeris pun boleh. Mereka akan terangkan dari A sampai Z mengenai kilang dan produk mereka. Siap buat demo lagi. Boleh terus beli herba dari sana tapi kenalah sediakan duit RM100 setebal satu inci..sebab satu kotak ginseng bersaiz kotak teh lipton jer pun dah mencecah RM350..mana tahan..
Ginseng Factory

Tapi kalau pergi beli seaweed kertas, bisa tahan juga..harganya 10000won atau sekitar RM30 untuk satu pek dan kalau beli 5, dapat free 1, kalau beli 10 dapat free 3. Seaweednya adalah yang paling bersih dan paling berkualiti di dunia. 
Seaweed Factory

Pas tu pergi kat Cosmetic shop di Seoul Mija. Hah..kat sini korang kena bagi demo dan siap testing lagi. Ada banyak pilihan cosmetik. Cari saja apa yang korang nak. Harganya adalah harga pelancong..hohoho..tapi bila banding dengan harga kat kedai biasa, tak banyak beza pun. 
Mija Cosmetic Factory
Siap tengok kosmetik, kami pergi ke amethyst factory. Tempat ni adalah kilang membuat batu permata. Mereka buat keronsang, rantai leher dan sebagainya. Lepas tu, pergi pulak kat Digital Pavilion. Tempat ini banyak mempamerkan teknologi baru. Salah satunya ialah kolam ikan elektronik. Tak payah guna air dah untuk kolam. Korang boleh saja bela ikan yang pintar dan bernama. Ikan tu akan ikut korang ke mana saja korang pergi di sekitar kolam elektronik tu. Pas tu ada lagi studio tempat bermain muzik tanpa muzik..macam mana pulak?? hoho..korang buat gaya jer, muzik terus dimainkan..contohnya gitar.
Pemandangan luar Digital Pavilion

Memang agak jakun juga bila masuk Digital Pavilion sebab kat Sabah belum ada benda-benda macam tu..hoho..selesai jadi jakun, kami terus dibawa ke Korean War Muzeum. Tempat ini memang luas lah juga. Kena rajin jalan. Tempatnya dipenuhi dengan kapal terbang perang, meriam, peluru berpandu, kereta kebal, dan ada juga kapal laut perang. Semuanya adalah saki baki peninggalan perang Korea yang menyebabkan negara itu berpecah kepada dua menjadi Korea Utara dan Korea Selatan.
Machine gun
US Air Force Aircraft

Tugu peringatan perang Korea
Sebelum pulang ke hotel, kami pergi dulu jalan-jalan di pasar malam Myeongdong Street. Hah..di sini lah tempat barang murah kalau korang nak membeli belah. Tempat ini macam pasar biasa kat tempat kita. Memang sangat crowded bayak orang. Paling banyak dijual adalah pakaian, makanan, dan souvenir. Kalau nak beli souvenir murah, ada satu kedai kecil tu, entah apa namanya, memang murah harga. T-Shirt hanya 6000won saja. Tempat lain 10000won.
Kentang putar pun ada

Satu waffle harganya 3000won sekitar RM9

Nyum nyum nyum....

Dah penat jalan...pulang lah kami ke hotel. Last day di Seoul memang memenatkan tapi berbaloi..seronok dapat pergi banyak tempat walaupun tak banyak yang dibeli...cuci mata saja..hehe..malamnya kena tidur awal sebab besoknya akan bangun seawal jam4 pagi nak pergi airport dah..hoho..

Monday, April 28, 2014

Trip To Seoul, S.Korea - Day 3 (Everland and Nami Island)

Lama sangat tak update pasal trip ke Korea Selatan bulan lalu..huhu..tak per..macamlah ada yang kesah..kan kan kan..tapi aku kesah tau.

Hari ketiga di Korea memang sangat-sangat best..dapat pergi Nami Island dan Everland gitu. Nami Island ni adalah tempat penggambaran drama femes Winter Sonata. Ia adalah sebuah pulau kecil. Kalau nak pergi sana, kena naik feri selama 10-15 minit dulu. Di tempat ini lah saya terjumpa banyak sangat orang Malaysia. Hampir setiap penjuru ada. Agaknya Nami Island ni memang dah jadi tempat wajib kalau pergi kat Korea. 
Nami Island popular kerana drama Winter Sonata
Apa yang ada kat Nami Island? pokok jer banyak..tapi dalam bentuk yang tersusun gitu. Kalau pergi masa musim luruh...memang tak cantik..tapi kalau pergi masa musim bunga dan musim salji, memang sangat cantik..tengok jer drama Winter Sonata kalau nak tengok keadaan Nami Island ni. 

Bayangkanlah kalau ini musim salji

Antara kegunaan pokok di sana...tempat bersandar

Lepas Nami Island, kami pergi pula kat Everland..wow!! macam Disneyland gitu. Tersangatlah besar kawasan Everland ni tau. Nak round sehari pun tak cukup kot. Kalau first time datang memang senang sesat. Tapi jangan risau, ada banyak staff sana yang sedia membantu. Staff sana semuanya muda-muda, comel-comel dan hensem-hensem. Can speak English too..
Kalau kaki dah lenguh, boleh naik benda ni untuk naik turun bukit..

Di sinilah gua merasa pengalaman pertama naik T-Express ala-ala rollercoaster gitu..punyalah rasa nak terkeluar semua jantung hati perut dan buah pinggang masa naik turun..tapi I tell you..memang sangat best naik benda tu..rasa nak lagi..sebenarnya roller coaster pun ada tapi entah kenapa masa kami pergi tu kena tutup..mungkin maintenance kot.
Tu dia.. sebahagian dari laluan T-Express

Bukan tu saja, ada banyak benda ada kat dalam Everland. Ada zoo, ada safari, ada pertunjukkan kanak-kanak, KPOP pun ada..siap dapat tengok BIG BANG beraksi depan mata tau...tapi bukan orang sebenar lah..hologram mereka jer..Psy pun ada..kalau korang masuk teater hologram ni, korang akan nampak artis yang menyanyi kat depan tu macam real tapi tidak.

Masa tu banyak sangat bunga tulip kat Everland..as always, ada saja model tak laku berposing sana sini..haha
Kami masuk Everland kira-kira jam1 tengah hari dan keluar pada jam7ptg. Sebelum balik hotel, kami singgah dulu kat shopping mall. Mak aii..mahal gila barang-barang kat sana. Stokin kecil jer pun dah berharga RM30..hoho..saya cuci mata jer, beli jauh sekali.

So, kalau korang nak pergi Korea, pastikan singgah ke Nami Island dan Everland. 

Monday, April 21, 2014

Trip to Seoul, S. Korea - Day 2

Percutian ke Korea Selatan, hari kedua. Pergh!! Ini antara hari paling best masa gua dan teman-teman berada kat Korea Selatan..first time dapat tengok dan pegang salji..cuma agak terkilan sikit lah sebab masa ni, winter dah berakhir. Salji yang tinggal pun hanya sisa-sisa jer dan dah kotor kehitaman...olololo..melepas..tak per, yang penting gua dan teman-teman enjoy..
Gunungnya memang cantik gila..walaupun ais salju dah berkurang
Awal pagi jam8.00 dah bertolak pergi ke kawasan pergunungan Sinheungsa..entah betul ker tak nama yang gua tulis ni. Inilah kawasan terletaknya kuil Buddha yang memang cantik..siap ada patung Buddha besar lagi. Bagi pengunjung yang beragama Buddha, mereka akan singgah untuk menyembah patung tersebut. Dah namanya kuil Buddha, jadi memang korang akan nampak banyak sami berkeliaran kat sana.
Tengoklah aisnya yang dah kotor kehitaman..mood nak main salji pun terus hilang..huhu
Patung Buddha di pergunungan Sinheungsa

Mata air 'ajaib'...minum satu gelas, korang akan muda setahun..minum dua gelas, korang akan muda dua tahun..menurut mitos jer lah...banyak juga yang pergi minum yer..siap refill botol lagi..free
Selepas puas ambik gambar dan jalan-jalan kat kawasan kuil tu, kami pun bertolak pergi ke tepi pantai Abba Village. Tempat ni lah penggambaran drama femes Korea bertajuk 'Autumn in My Heart' diambil. Bukan semua babak..cuma babak terakhir kat tepi pantai yang mana heroinnya tu mati..serius, saya tak tengok full pun drama tu..cuma tengok satu episod jer. Tapi kawan-kawan saya memang gila habis dengan drama ni. No wonder why lah..among the best drama in Asia.
Tempat ini femes sebab drama 'Autumn in my heart'...yang sebelah Wonbin tu adalah kakak saya..dia tak tau pun pasal kewujudan drama ini..sakai betul...tak per, ambil gambar jer lah..haha
Lepas bereksyen kat tepi pantai, kami dibawa melawat pasar ikan pulak..pasarnya memang jauh sekali macam pasar ikan kat tempat saya..Daepohaeng seafood market. Ikan-ikan mereka ni mengikut musim punya. Lain musim, lain ikannya. Memang fresh dan sangat bersih. Baunya pasar pun tak hanyir. Pasar ini terbahagi beberapa bahagian. Ada yang basah dan ada yang kering. Yang kering tu jual seafood dan kuih goreng-goreng. Sempat lah tibai keladi manis goreng satu..harganya 3000won atau sekitar RM9ringgit..satu potong jer tau..mahal gila!!

Tengok-tengok jer..beli tak kesampaian..
Dan seperti biasa..bila masuk bab makan tengah hari dan makan malam..inilah menu wajib kat Korea..sup sayur yang menyihatkan. Kalau hari-hari makan macam ni, memang berat badan akan turun.
Mushroom adalah yang terbaik..
Hari kedua percutian kat Korea Selatan ini kami banyak habiskan masa melawat tempat-tempat pergunungan dan tepi pantai..malamnya kami menginap di Hanhwa Resort yang terletak bersebelah dengan tempat bermain ice skating..pergh!! tempat tidur memang sangat menyelesakan...cuma kami tak sempat main ice skating jer lah..tak masuk pakej sebab kos main tu memang sangat tinggi...lagipun, bukannya saya pandai main pun..hehe..

Friday, April 18, 2014

Trip To Seoul, S. Korea - Day 1

Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu sejak tahun lalu kini tiba, percutian ke Korea Selatan. Ini adalah percutian kedua gua di luar negara.Tahun lepas dah pergi Bandung dan Jakarta, Indonesia.

Saya pun tak tau nak cerita apa..yang pasti hari pertama saya kat sini memang agak memenatkan. Rombongan kami ni ada lebih 20 orang dan kami guna travel agent dari Airworld. Dari segi pakej, memang berbaloi lah untuk 5 hari kat Korea dan sehari kat Manila, Filipina. Biasalah tu kalau korang dari Sabah. Nak ambik route paling menyelesakan dan paling murah, ambiklah penerbangan KK-Manila (sekitar 1jam30minit), Manila-Seoul (3jam45minit).

Hari pertama kat Korea memang agak memenatkan. Apa tidaknya, flight dari Manila jam2:30pagi dan sampai kat Incheon Airport jam6pagi. Lepas tu terus jalan-jalan. Pergi hotel jam6ptg. Saya ni kalau naik kapal terbang memang susah nak tidur. Tapi pasal nak pergi sangat kat Korea, orang kampung macam saya ni tak kisah pun..hahaha..

Nasib baik lah ada singgah kat spa untuk mandi kat Manila so badan masih segar cuma kepala yang sudah low batery. First time jejakkan kaki kluar dari airport incheon..atukkoii..punyalah sejuk..3 darjah celcius suhunya..no wonder sebab winter baru jer lepas..pokok2 pun macam botak tak berdaun..orang Sabah cakap 'magalang'.

Keluar dari airport, kami naik bas yang sudah siap menunggu di luar. Kami beredar sekitar jam7 pagi gitu. Kat sini masanya cepat satu jam dari Malaysia. Kami dibawanya pergi sarapan kat restoran. Namanya pun saya tak tau sebab tulisan guna korean yang kiut-kiut tu. Kami makan mee sup ikan bilis. Rasanya macam sup ikan kering yang selalu bapa gua masak kat rumah. So, saya bantai jer lah makan.
Mee sup ikan bilis
Lepas makan, kami dibawa ke Deoksugung Palace. Tempat ini dah berusia lebih 100 tahun dan merupakan bekas kediaman maharaja korea dulu-dulu. Kat sini ada banyak askar versi tradisional Korea. Pakaian mereka pun tradisional juga. Siap buat perbarisan gitu. Kalau nak bergambar, kena tunggu sampai perbarisan siap.
Perbarisan askar sedang berlangsung
Then kami dibawa pula ke Outside View of the Blue House. Tempat ni adalah kediaman Presiden Korea Selatan. Tempat ni menceritakan banyak mengenai presiden Korea Selatan dari dulu hingga yang sekarang. 
Ni rombongan kami..bergambar depan pusat pentadbiran Presiden Korea Selatan
Lepas lunch, kami pergi pulak ke Namsangol Hanok Village. Tempat ini adalah perkampungan tradisional orang Korea. Paginya tadi kami dah pergi ke kawasan istana, petangnya kami pergi ke kawasan perkampungan tradisional pula. Kawasan ini memang benar-benar tapak perkampungan tradisional Korea dan tidak diubah apa-apa. Cuma sentiasa dikemas kini saja. Dari segi senibina dan tapak, memang tak pernah diubah.
Peta perkampungan tradisional Korea
Secara keseluruhannya, hari pertama ini kami dibawa melihat tempat-tempat tradional negara Korea yang kebanyakannya sudah diisytiharkan sebagai tapak warisan dunia. Petang jam 5 kami pergi makan dulu sebelum cek in kat Bears Hotel.
Hidangan makan petang..
Landing time..zzzzzzzz