Tuesday, April 29, 2014

Trip to Seoul, S.Korea - Day 4 (Herbs, Cosmetics, and Korean War Muzeum)

Inilah last day kami berada di Seoul, Korea Selatan. Hari ini kami habiskan masa melawat kilang herba, kilang ginseng, kilang membuat seaweed kertas, pergi Korean War Muzeum, dan pergi shopping kat pasar malam di Myeongdong Street.

Nah, kalau korang ni jenis yang sangat menitikberatkan kesihatan dan kecantikan maka bersedialah membuat pilihan dan sediakan wang beribu riban. Kat kilang ginseng dengan kilang herba, kita akan dilayan oleh pelayan yang bisa bercakap Melayu dan kalau nak Inggeris pun boleh. Mereka akan terangkan dari A sampai Z mengenai kilang dan produk mereka. Siap buat demo lagi. Boleh terus beli herba dari sana tapi kenalah sediakan duit RM100 setebal satu inci..sebab satu kotak ginseng bersaiz kotak teh lipton jer pun dah mencecah RM350..mana tahan..
Ginseng Factory

Tapi kalau pergi beli seaweed kertas, bisa tahan juga..harganya 10000won atau sekitar RM30 untuk satu pek dan kalau beli 5, dapat free 1, kalau beli 10 dapat free 3. Seaweednya adalah yang paling bersih dan paling berkualiti di dunia. 
Seaweed Factory

Pas tu pergi kat Cosmetic shop di Seoul Mija. Hah..kat sini korang kena bagi demo dan siap testing lagi. Ada banyak pilihan cosmetik. Cari saja apa yang korang nak. Harganya adalah harga pelancong..hohoho..tapi bila banding dengan harga kat kedai biasa, tak banyak beza pun. 
Mija Cosmetic Factory
Siap tengok kosmetik, kami pergi ke amethyst factory. Tempat ni adalah kilang membuat batu permata. Mereka buat keronsang, rantai leher dan sebagainya. Lepas tu, pergi pulak kat Digital Pavilion. Tempat ini banyak mempamerkan teknologi baru. Salah satunya ialah kolam ikan elektronik. Tak payah guna air dah untuk kolam. Korang boleh saja bela ikan yang pintar dan bernama. Ikan tu akan ikut korang ke mana saja korang pergi di sekitar kolam elektronik tu. Pas tu ada lagi studio tempat bermain muzik tanpa muzik..macam mana pulak?? hoho..korang buat gaya jer, muzik terus dimainkan..contohnya gitar.
Pemandangan luar Digital Pavilion

Memang agak jakun juga bila masuk Digital Pavilion sebab kat Sabah belum ada benda-benda macam tu..hoho..selesai jadi jakun, kami terus dibawa ke Korean War Muzeum. Tempat ini memang luas lah juga. Kena rajin jalan. Tempatnya dipenuhi dengan kapal terbang perang, meriam, peluru berpandu, kereta kebal, dan ada juga kapal laut perang. Semuanya adalah saki baki peninggalan perang Korea yang menyebabkan negara itu berpecah kepada dua menjadi Korea Utara dan Korea Selatan.
Machine gun
US Air Force Aircraft

Tugu peringatan perang Korea
Sebelum pulang ke hotel, kami pergi dulu jalan-jalan di pasar malam Myeongdong Street. Hah..di sini lah tempat barang murah kalau korang nak membeli belah. Tempat ini macam pasar biasa kat tempat kita. Memang sangat crowded bayak orang. Paling banyak dijual adalah pakaian, makanan, dan souvenir. Kalau nak beli souvenir murah, ada satu kedai kecil tu, entah apa namanya, memang murah harga. T-Shirt hanya 6000won saja. Tempat lain 10000won.
Kentang putar pun ada

Satu waffle harganya 3000won sekitar RM9

Nyum nyum nyum....

Dah penat jalan...pulang lah kami ke hotel. Last day di Seoul memang memenatkan tapi berbaloi..seronok dapat pergi banyak tempat walaupun tak banyak yang dibeli...cuci mata saja..hehe..malamnya kena tidur awal sebab besoknya akan bangun seawal jam4 pagi nak pergi airport dah..hoho..

Monday, April 28, 2014

Trip To Seoul, S.Korea - Day 3 (Everland and Nami Island)

Lama sangat tak update pasal trip ke Korea Selatan bulan lalu..huhu..tak per..macamlah ada yang kesah..kan kan kan..tapi aku kesah tau.

Hari ketiga di Korea memang sangat-sangat best..dapat pergi Nami Island dan Everland gitu. Nami Island ni adalah tempat penggambaran drama femes Winter Sonata. Ia adalah sebuah pulau kecil. Kalau nak pergi sana, kena naik feri selama 10-15 minit dulu. Di tempat ini lah saya terjumpa banyak sangat orang Malaysia. Hampir setiap penjuru ada. Agaknya Nami Island ni memang dah jadi tempat wajib kalau pergi kat Korea. 
Nami Island popular kerana drama Winter Sonata
Apa yang ada kat Nami Island? pokok jer banyak..tapi dalam bentuk yang tersusun gitu. Kalau pergi masa musim luruh...memang tak cantik..tapi kalau pergi masa musim bunga dan musim salji, memang sangat cantik..tengok jer drama Winter Sonata kalau nak tengok keadaan Nami Island ni. 

Bayangkanlah kalau ini musim salji

Antara kegunaan pokok di sana...tempat bersandar

Lepas Nami Island, kami pergi pula kat Everland..wow!! macam Disneyland gitu. Tersangatlah besar kawasan Everland ni tau. Nak round sehari pun tak cukup kot. Kalau first time datang memang senang sesat. Tapi jangan risau, ada banyak staff sana yang sedia membantu. Staff sana semuanya muda-muda, comel-comel dan hensem-hensem. Can speak English too..
Kalau kaki dah lenguh, boleh naik benda ni untuk naik turun bukit..

Di sinilah gua merasa pengalaman pertama naik T-Express ala-ala rollercoaster gitu..punyalah rasa nak terkeluar semua jantung hati perut dan buah pinggang masa naik turun..tapi I tell you..memang sangat best naik benda tu..rasa nak lagi..sebenarnya roller coaster pun ada tapi entah kenapa masa kami pergi tu kena tutup..mungkin maintenance kot.
Tu dia.. sebahagian dari laluan T-Express

Bukan tu saja, ada banyak benda ada kat dalam Everland. Ada zoo, ada safari, ada pertunjukkan kanak-kanak, KPOP pun ada..siap dapat tengok BIG BANG beraksi depan mata tau...tapi bukan orang sebenar lah..hologram mereka jer..Psy pun ada..kalau korang masuk teater hologram ni, korang akan nampak artis yang menyanyi kat depan tu macam real tapi tidak.

Masa tu banyak sangat bunga tulip kat Everland..as always, ada saja model tak laku berposing sana sini..haha
Kami masuk Everland kira-kira jam1 tengah hari dan keluar pada jam7ptg. Sebelum balik hotel, kami singgah dulu kat shopping mall. Mak aii..mahal gila barang-barang kat sana. Stokin kecil jer pun dah berharga RM30..hoho..saya cuci mata jer, beli jauh sekali.

So, kalau korang nak pergi Korea, pastikan singgah ke Nami Island dan Everland. 

Monday, April 21, 2014

Trip to Seoul, S. Korea - Day 2

Percutian ke Korea Selatan, hari kedua. Pergh!! Ini antara hari paling best masa gua dan teman-teman berada kat Korea Selatan..first time dapat tengok dan pegang salji..cuma agak terkilan sikit lah sebab masa ni, winter dah berakhir. Salji yang tinggal pun hanya sisa-sisa jer dan dah kotor kehitaman...olololo..melepas..tak per, yang penting gua dan teman-teman enjoy..
Gunungnya memang cantik gila..walaupun ais salju dah berkurang
Awal pagi jam8.00 dah bertolak pergi ke kawasan pergunungan Sinheungsa..entah betul ker tak nama yang gua tulis ni. Inilah kawasan terletaknya kuil Buddha yang memang cantik..siap ada patung Buddha besar lagi. Bagi pengunjung yang beragama Buddha, mereka akan singgah untuk menyembah patung tersebut. Dah namanya kuil Buddha, jadi memang korang akan nampak banyak sami berkeliaran kat sana.
Tengoklah aisnya yang dah kotor kehitaman..mood nak main salji pun terus hilang..huhu
Patung Buddha di pergunungan Sinheungsa

Mata air 'ajaib'...minum satu gelas, korang akan muda setahun..minum dua gelas, korang akan muda dua tahun..menurut mitos jer lah...banyak juga yang pergi minum yer..siap refill botol lagi..free
Selepas puas ambik gambar dan jalan-jalan kat kawasan kuil tu, kami pun bertolak pergi ke tepi pantai Abba Village. Tempat ni lah penggambaran drama femes Korea bertajuk 'Autumn in My Heart' diambil. Bukan semua babak..cuma babak terakhir kat tepi pantai yang mana heroinnya tu mati..serius, saya tak tengok full pun drama tu..cuma tengok satu episod jer. Tapi kawan-kawan saya memang gila habis dengan drama ni. No wonder why lah..among the best drama in Asia.
Tempat ini femes sebab drama 'Autumn in my heart'...yang sebelah Wonbin tu adalah kakak saya..dia tak tau pun pasal kewujudan drama ini..sakai betul...tak per, ambil gambar jer lah..haha
Lepas bereksyen kat tepi pantai, kami dibawa melawat pasar ikan pulak..pasarnya memang jauh sekali macam pasar ikan kat tempat saya..Daepohaeng seafood market. Ikan-ikan mereka ni mengikut musim punya. Lain musim, lain ikannya. Memang fresh dan sangat bersih. Baunya pasar pun tak hanyir. Pasar ini terbahagi beberapa bahagian. Ada yang basah dan ada yang kering. Yang kering tu jual seafood dan kuih goreng-goreng. Sempat lah tibai keladi manis goreng satu..harganya 3000won atau sekitar RM9ringgit..satu potong jer tau..mahal gila!!

Tengok-tengok jer..beli tak kesampaian..
Dan seperti biasa..bila masuk bab makan tengah hari dan makan malam..inilah menu wajib kat Korea..sup sayur yang menyihatkan. Kalau hari-hari makan macam ni, memang berat badan akan turun.
Mushroom adalah yang terbaik..
Hari kedua percutian kat Korea Selatan ini kami banyak habiskan masa melawat tempat-tempat pergunungan dan tepi pantai..malamnya kami menginap di Hanhwa Resort yang terletak bersebelah dengan tempat bermain ice skating..pergh!! tempat tidur memang sangat menyelesakan...cuma kami tak sempat main ice skating jer lah..tak masuk pakej sebab kos main tu memang sangat tinggi...lagipun, bukannya saya pandai main pun..hehe..

Friday, April 18, 2014

Trip To Seoul, S. Korea - Day 1

Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu sejak tahun lalu kini tiba, percutian ke Korea Selatan. Ini adalah percutian kedua gua di luar negara.Tahun lepas dah pergi Bandung dan Jakarta, Indonesia.

Saya pun tak tau nak cerita apa..yang pasti hari pertama saya kat sini memang agak memenatkan. Rombongan kami ni ada lebih 20 orang dan kami guna travel agent dari Airworld. Dari segi pakej, memang berbaloi lah untuk 5 hari kat Korea dan sehari kat Manila, Filipina. Biasalah tu kalau korang dari Sabah. Nak ambik route paling menyelesakan dan paling murah, ambiklah penerbangan KK-Manila (sekitar 1jam30minit), Manila-Seoul (3jam45minit).

Hari pertama kat Korea memang agak memenatkan. Apa tidaknya, flight dari Manila jam2:30pagi dan sampai kat Incheon Airport jam6pagi. Lepas tu terus jalan-jalan. Pergi hotel jam6ptg. Saya ni kalau naik kapal terbang memang susah nak tidur. Tapi pasal nak pergi sangat kat Korea, orang kampung macam saya ni tak kisah pun..hahaha..

Nasib baik lah ada singgah kat spa untuk mandi kat Manila so badan masih segar cuma kepala yang sudah low batery. First time jejakkan kaki kluar dari airport incheon..atukkoii..punyalah sejuk..3 darjah celcius suhunya..no wonder sebab winter baru jer lepas..pokok2 pun macam botak tak berdaun..orang Sabah cakap 'magalang'.

Keluar dari airport, kami naik bas yang sudah siap menunggu di luar. Kami beredar sekitar jam7 pagi gitu. Kat sini masanya cepat satu jam dari Malaysia. Kami dibawanya pergi sarapan kat restoran. Namanya pun saya tak tau sebab tulisan guna korean yang kiut-kiut tu. Kami makan mee sup ikan bilis. Rasanya macam sup ikan kering yang selalu bapa gua masak kat rumah. So, saya bantai jer lah makan.
Mee sup ikan bilis
Lepas makan, kami dibawa ke Deoksugung Palace. Tempat ini dah berusia lebih 100 tahun dan merupakan bekas kediaman maharaja korea dulu-dulu. Kat sini ada banyak askar versi tradisional Korea. Pakaian mereka pun tradisional juga. Siap buat perbarisan gitu. Kalau nak bergambar, kena tunggu sampai perbarisan siap.
Perbarisan askar sedang berlangsung
Then kami dibawa pula ke Outside View of the Blue House. Tempat ni adalah kediaman Presiden Korea Selatan. Tempat ni menceritakan banyak mengenai presiden Korea Selatan dari dulu hingga yang sekarang. 
Ni rombongan kami..bergambar depan pusat pentadbiran Presiden Korea Selatan
Lepas lunch, kami pergi pulak ke Namsangol Hanok Village. Tempat ini adalah perkampungan tradisional orang Korea. Paginya tadi kami dah pergi ke kawasan istana, petangnya kami pergi ke kawasan perkampungan tradisional pula. Kawasan ini memang benar-benar tapak perkampungan tradisional Korea dan tidak diubah apa-apa. Cuma sentiasa dikemas kini saja. Dari segi senibina dan tapak, memang tak pernah diubah.
Peta perkampungan tradisional Korea
Secara keseluruhannya, hari pertama ini kami dibawa melihat tempat-tempat tradional negara Korea yang kebanyakannya sudah diisytiharkan sebagai tapak warisan dunia. Petang jam 5 kami pergi makan dulu sebelum cek in kat Bears Hotel.
Hidangan makan petang..
Landing time..zzzzzzzz


Thursday, April 17, 2014

Trip to Jakarta, Indonesia - Day 5

Hari ini adalah hari terakhir kami berada di Jakarta sekaligus mengakhiri lawatan ke Indonesia. Flight pulang ke Kota Kinabalu dijadualkan pada Jam7.30 malam tapi ter delay selama hampir satu jam. Mungkin sebab cuaca kurang baik kot.

Tapi sebelum pergi ke lapangan terbang antarabangsa Soekarno-Hatta pada jam3 petang gitu, kami sempat juga jalan-jalan sebentar di kota Jakarta. Kami pergi ke Museum Sejarah Jakarta. Masa tu, museum ini masih ditutup untuk tujuan penyelengaraan..jadi kami tak dapat masuk...hanya jalan-jalan kat sekitar saja. Tapi kat luar museum ini pun ada banyak benda menarik untuk dilihat. Korang boleh bergambar dengan askar dari manusia sebenar yang banyak berdiri kat luar. Kalau korang ada duit lebih, bagi lah tip kat mereka.
Ambik mood brother kat sebelah sembil pegang senapang kayu
Abang askar kita sedang prepare berfesyen

Selain itu, ada juga pertunjukkan silap mata sedang dilangsungkan. Para ahli silap mata ini bermain dengan api. Mereka masukkan api tu kat mulut..memang tak takut terbakar agaknya. Dah tu, ada lagi ahli silap mata yang masih kanak-kanak..mungkin baru 10 tahun umurnya tapi dah mahir main silap mata. Kat sini pun kalau korang ada duit lebih, bagi lah tip yer..
Bersedia untuk satu lagak ngeri lagi...final escape

Dah puas tengok silap mata, korang boleh jalan-jalan lagi pergi cari cendera kenangan. Ada banyak gerai yang menjual cendera kenangan di sekitar museum ni. Dan seperti biasa, korang boleh tawar menawar. Cuma kat sini tak der lah mereka main paksa beli macam kat Tangkuban Parahu tu.
Brother sedang tunggu pelanggan datang

Selesai jalan-jalan, kami pun menuju ke airport. Disebabkan masih ada banyak masa sementara menunggu flight take off, kami shoping sakan untuk kali terakhir di airport. Lagipun masih ada beberapa duit RP lagi yang tertinggal. Tapi agak membazir dah sebab harga barang kat dalam airport ini berkali-kali ganda mahalnya dari yang ada kat luar. Jadi pengajarannya, airport bukanlah tempat sesuai untuk membeli belah. Kalau korang ada duit lebih, elok simpan saja buat bekalan emergency. Oh ya, kat airport Jakarta ni kita kena bayar tax ketika check in. Sama lah juga prosedurnya dengan kebanyakkan negara lain. Masa tu, kami bayar RP150,000 untuk tax. 
Salah satu kedai di dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta

So, secara keseluruhannya, saya memang sangat enjoy sepanjang lawatan ke Indonesia ini. Ada banyak perkara baru yang saya pelajarinya terutamanya dari segi kehidupan masyarakat di sana dan keunikan tempat-tempatnya yang menarik. Ada banyak benda yang ada kat sini tapi tak der kat tempat kita. Itulah kelebihan bila kita mendapat peluang untuk melawat tempat orang. 

Bak kata pepatah...jauh perjalanan, luas pemandangan. Walaupun singkat tapi ia mengajar kita untuk lebih menghargai nilai kehidupan dan lebih menghormati budaya orang lain. I hope I can revisiting Bandung and Jakarta again in the near future. Satu benda yang buatkan saya nak pergi lagi kat Bandung ialah kerana tempat tu adalah 'shopping heaven'. Lain kali kami pergi, kami dah set untuk sewa hotel yang bersebelahan dengan Factory Outlets. Cuma kena kumpul duit dulu lah dari sekarang...huhu..balik dari Indon, saku saya dah kering..balik rumah, makan mee Sedaap saja..hoho..kesian

Ayway...bye bye Jakarta and Bandung..see you again!

Tuesday, April 15, 2014

Trip To Jakarta, Indonesia - Day 4

Hari keempatnya kami sudah berada di Jakarta selepas tiga hari jalan-jalan di Bandung. Oleh sebab tiada penerbangan terus dari Kota Kinabalu ke Bandung maka kami pilih penerbangan KK-Jakarta saja. Dapat juga melawat dua tempat sekaligus. Lagi pun murah sikit jika dibandingkan dengan flight Kota Kinabalu - Kuala Lumpur, Kuala Lumpur - Bandung. Mungkin lepas ni kami akan ambik route ni. Sebab nak juga jalan-jalan di KL...hehe..

Paginya, kami pergi ke Taman Mini Indonesia Indah, Jakarta. Namanya saja 'taman mini' tapi tempat ini memang sangat luas dan ramai orang. Biasalah kan, Jakarta adalah antara kota yang mempunyai penduduk paling padat di dunia. Kat dalam taman mini ini ada banyak benda yang korang boleh buat dan enjoy. Ia terbahagi kepada banyak kawasan. Antaranya ialah kawasan perumahan tradisional Indonesia, kawasan perumahan setiap suku kaum Indonesia, theme park, kawasan shopping, dan sebagainya. Kalau nak naik LRT, keretapi, dan sky cruise, boleh juga. Inilah first time saya naik sky cruise. Mulanya agak gementar juga sebab sky cruise tu tinggi dan bergoyang. Kat sini korang boleh nampak pemandangan sekitar Taman Mini yang luas tu. Memang cantik.
Singgah ambik gambar kat depan Museum Purna Bhakti Pertiwi

Aik...ada Angry Bird lah..

Lepas naik sky cruise, kami jalan-jalan lagi di sekitar perumahan tradisional dan suku kaum Indonesia. Salah satu rumah yang kami pergi ialah kawasan perumahan puak Papua. Kat dalam ni korang boleh jumpa dengan puak Papua sebenar. Selain tu boleh juga tengok sejarah kehidupan mereka dalam muzium mini mereka.
Kawasan perumahan tradisional puak Papua

Hahahah...pak cik yang sporting
Keluar dari Taman Mini, kami singgah makan sebentar kat shopping mall Manga Dua. Kat sini pun boleh shopping juga tapi harganya tak semurah kat Bandung. Lepas cuci mata kat sini, kami pergi pula kat Monas atau Monumen Nasional Indonesia. Monumen ini dibina untuk memperingati perjuangan rakyat bawah pimpinan Bung Karno untuk menentang tentera Jepun dan seterusnya mencapai kemerdekaan pada 17 Ogos 1947. Kawasan ini pun memang ramai orang. So, be sure to keep tight your bag.
Monas, Jakarta
Atas menara Monas tu adalah emas tulen..entah betul ker tak..

Selesai perjalanan untuk hari keempat, kami pulang semula ke hotel. Malamnya saya habiskan masa tengok drama lucu Indon..esoknya nanti adalah last day kat Jakarta. Nak balik Sabah dah...huhu





Monday, April 14, 2014

Trip To Bandung, Indonesia - Day 3

Yeah..hari yang ditunggu-tunggu dah sampai..shopping time..kalau korang banyak duit, maka Bandung adalah syurga membeli-belah korang. Barang-barang especially baju memang jauh lebih murah dari Malaysia. Awal pagi kami dah keluar dari rumah penginapan sambil bawa semua barang untuk pulang ke Jakarta.

Hari ketiga ni kami banyak habiskan masa di kawasan membeli belah seperti Pasar Baru dan Factory Outlets. Di Pasar Baru ni macam hypermarket tapi kebanyakkan yang dijual di dalamnya adalah pakaian, beg, dan kasut. Kalau nak beli jubah, hah! di sini lah tempatnya. Kakak saya siap beli tiga empat pasang jubah untuk dipakainya pergi mengajar. Harga tiga kali ganda jauh lebih murah dari Malaysia.
Nak beli baju murah?

Kain batiknya pun murah..makcik makcik ni siap beli beg untuk dipenuhkan

Selepas rambang mata kat Pasar Baru, kami pergi pula ke Factory Outlets. Tempat ini terdiri dari banyak bangunan kedai yang masing-masing mempunyai jenama sendiri seperti Adidas, Puma dan sebagainya. so, kalau korang nak beli pakaian berjenama, di sinilah tempatnya. Jangan heran ya, pakaian berjenama yang ada kat Malaysia ni pun kebanyakkannya diimport dari Factory Outlets ni. Harganya pun dua kali ganda lebih murah.
Kasut futsal murah-murah di Bandung
Kalau nak pergi Bandung, booking lah bagasi flight awal-awal. Sebab kemungkinan besar korang datang sini dengan membawa luggage satu biji saja tapi akan pulang dengan membawa dua tiga biji luggage. Itu pun kalau korang ada bajet nak shopping lah.

Okay..selesai cuci mata habiskan duit RP..kami pun bertolak ke Jakarta. Perjalanan ambil masa sekitar tiga empat jam gitu. Pulang ke Jakarta guna highway..so, kena bayar banyak tol..huhu..sempat juga singgah untuk makan nasi padang.
Nasi Padang..nasinya belum sampai..

Sampai di Jakarta sekitar Jam5 petang gitu. Kami sempat juga jalan-jalan di Ancol Jakarta atau tepi pantai Jakarta. Pemandangan memang cantik. Siap boleh naik sampan lagi untuk belayar kat sepanjang Ancol.
Sampan di Ancol
Pulang dari Ancol, kami menuju ke hotel bajet Pop Hotel, Jakarta. Dah namanya hotel bajet, jadi don't expect something more than 3star hotel ya...biliknya memang menyelesakan juga. Kat basement, ada kedai runcit. Kat groundfloor pun ada restoran. Jadi, kalau lapar boleh lah turun layan diri.
Rehat sambil tengok TV di bilik Pop Hotel, Jakarta

Pendek kata, hari ketiga ni kami habiskan masa untuk shopping dan pulang ke Jakarta dari Bandung. Bagi orang yang gila shopping, pergi lah Bandung. Lepas ni kami memang ada rancangan untuk pergi Bandung lagi semata-mata nak shopping jer. Tapi kena kumpul duit lah dulu...kan kan kan..

Trip to Bandung, Indonesia - Day 2

Hari kedua di Bandung bermula dengan tubuh dan minda yang segar sebab cukup tidur. Seperti biasa, kami sarapan pagi dulu di rumah penginapan. Makan mee goreng. Rasanya macam mee goreng Seedap.

Hari kedua, kami pergi pula ke satu lagi kawasan pelancongan gunung berapi yang memang sangat popular di Bandung iaitu Tangkuban Parahu. Seperti Kawah Putih, jalan ke Tangkuban Parahu juga adalah berbukit dan perlu bersedia memandu guna 'gigi satu'.

Disebabkan hari ini juga masih cuti umum Idul Fitri di Indonesia maka laluan ke Tangkuban Parahu juga sangat sesak. Dan yang menambah pening kepala lagi ialah terlalu banyak motosikal lalu lalang sana sini. Polis trafik pun dah tak mampu nak kawal. Asal saja boleh lalu, memang motor-motor tu redah saja.

Kawah Gunung Tangkuban Parahu

Disebabkan kemacetan maka perjalanan kami dari rumah penginapan ke Tangkuban Parahu juga ambik masa lama. Bayangkan jam8 pagi jalan dan sampai di puncak gunung Tangkuban Parahu sekitar Jam1 petang. Tak ker aniaya dalam kereta tu..driver kami cakap yang perjalanan sepatutnya ambil masa kurang dua jam saja kalau hari-hari biasa. Tapi apakan daya..orang lain pun nak menikmati hari cuti juga..kan..kan kan.
Gua di atas Tangkuban Parahu..
Sampai saja di puncak gunung..kami disambut dengan hujan lebat pulak..aish!! memang bikin geram betul. Tak sempat nak round dari hujung ke hujung. Tapi yang penting, kawah besar Tangkuban Parahu tu kami dah nampak sepuasnya. Kat Tangkuban Parahu pun baunya sama dengan Kawah Putih..macam arang batu dan mengandungi gas bahaya gitu..so, kena pakai penutup mulut sebagai langkah berjaga-jaga.

Sis gua bergambar dengan signboard...yang duduk tu saya tak kenal...orang Bandung kot

Di sini juga lah ramai peniaga-peniaga yang berjalan sana sini jual cendera kenangan. Kalau korang didatangi oleh mereka dan tak berminat nak beli barang mereka, cakap jer 'terima kasih' dan beredar dari situ. Kalau korang sentuh barang mereka sambil belek-belek lagi..mereka akan paksa korang beli. Mereka akan ikut korang sampailah korang beredar dari tempat tu. Apa lagi kalau korang cakap yang korang ni dari Malaysia atau pelancong dari luar...lagi lah mereka liat nak ikut korang. Tapi yang paling best, kita boleh tawar menawar dengan mereka.

Pergh! memang first time saya jumpa jurujual yang suka paksa..salah kami juga..si auntie sorang ni pecah rahsia betul. Dia cakap yang kami ni dari Malaysia....hohoho...jadi diekorinya lah kami sampai kami masuk kereta..kami memang berniat nak beli tapi bila dah dipaksa beli itu ini, siapa tak naik rimas..betul tak..masa tu, saya adalah juga beli beberapa keping keychain. Nasib baik boleh ditawar menawar. Lepas beli keychain, beli lagi jagung gergasi sebab dari awal sudah terliur mulut nak makan...hehe
Ni lah jagungnya...the taste is as good as it look
Dalam perjalanan pulang, kami singgah makan dulu di restoran Saung Cikareeo Lembang. Makanannya kira okay juga. Kat sini pun kami order sup ikan gurame..pergh! sedap gila..selain itu, banyak juga yang kami order sebab lapar tahap gaban. Masa tu dah hampir jam3 petang. Belum makan tengah hari lagi tau sebab terperangkap dalam macet.
Wah...ada yang licin habis dimakan...lapar tahap gaban
Sampai saja di bandar Bandung, kami singgah shopping baju batik kat Ria Busana dan sekitar. Harganya sangat murah. Memang seronok belek belek baju. Tapi kena save duit juga sebab esoknya kami akan habiskan masa untuk pergi shopping sakan. 

Dah puas cuci mata, kami jalan pulang. Saya simpulkan, hari kedua di Bandung ini juga agak memenatkan dan memeningkan sebab jalan raya sesak. So, kalau korang nak datang Bandung dan nak pergi ke kawasan pelancongan seperti Tangkuban Parahu, elok lah pergi masa bukan cuti umum Indonesia. 

Keychain dari Tangkuban Parahu