Hari kedua di Bandung bermula dengan tubuh dan minda yang segar sebab cukup tidur. Seperti biasa, kami sarapan pagi dulu di rumah penginapan. Makan mee goreng. Rasanya macam mee goreng Seedap.
Hari kedua, kami pergi pula ke satu lagi kawasan pelancongan gunung berapi yang memang sangat popular di Bandung iaitu Tangkuban Parahu. Seperti Kawah Putih, jalan ke Tangkuban Parahu juga adalah berbukit dan perlu bersedia memandu guna 'gigi satu'.
Disebabkan hari ini juga masih cuti umum Idul Fitri di Indonesia maka laluan ke Tangkuban Parahu juga sangat sesak. Dan yang menambah pening kepala lagi ialah terlalu banyak motosikal lalu lalang sana sini. Polis trafik pun dah tak mampu nak kawal. Asal saja boleh lalu, memang motor-motor tu redah saja.
 |
Kawah Gunung Tangkuban Parahu |
Disebabkan kemacetan maka perjalanan kami dari rumah penginapan ke Tangkuban Parahu juga ambik masa lama. Bayangkan jam8 pagi jalan dan sampai di puncak gunung Tangkuban Parahu sekitar Jam1 petang. Tak ker aniaya dalam kereta tu..driver kami cakap yang perjalanan sepatutnya ambil masa kurang dua jam saja kalau hari-hari biasa. Tapi apakan daya..orang lain pun nak menikmati hari cuti juga..kan..kan kan.
 |
Gua di atas Tangkuban Parahu.. |
Sampai saja di puncak gunung..kami disambut dengan hujan lebat pulak..aish!! memang bikin geram betul. Tak sempat nak round dari hujung ke hujung. Tapi yang penting, kawah besar Tangkuban Parahu tu kami dah nampak sepuasnya. Kat Tangkuban Parahu pun baunya sama dengan Kawah Putih..macam arang batu dan mengandungi gas bahaya gitu..so, kena pakai penutup mulut sebagai langkah berjaga-jaga.
 |
Sis gua bergambar dengan signboard...yang duduk tu saya tak kenal...orang Bandung kot |
Di sini juga lah ramai peniaga-peniaga yang berjalan sana sini jual cendera kenangan. Kalau korang didatangi oleh mereka dan tak berminat nak beli barang mereka, cakap jer 'terima kasih' dan beredar dari situ. Kalau korang sentuh barang mereka sambil belek-belek lagi..mereka akan paksa korang beli. Mereka akan ikut korang sampailah korang beredar dari tempat tu. Apa lagi kalau korang cakap yang korang ni dari Malaysia atau pelancong dari luar...lagi lah mereka liat nak ikut korang. Tapi yang paling best, kita boleh tawar menawar dengan mereka.
Pergh! memang first time saya jumpa jurujual yang suka paksa..salah kami juga..si auntie sorang ni pecah rahsia betul. Dia cakap yang kami ni dari Malaysia....hohoho...jadi diekorinya lah kami sampai kami masuk kereta..kami memang berniat nak beli tapi bila dah dipaksa beli itu ini, siapa tak naik rimas..betul tak..masa tu, saya adalah juga beli beberapa keping keychain. Nasib baik boleh ditawar menawar. Lepas beli keychain, beli lagi jagung gergasi sebab dari awal sudah terliur mulut nak makan...hehe
 |
Ni lah jagungnya...the taste is as good as it look |
Dalam perjalanan pulang, kami singgah makan dulu di restoran Saung Cikareeo Lembang. Makanannya kira okay juga. Kat sini pun kami order sup ikan gurame..pergh! sedap gila..selain itu, banyak juga yang kami order sebab lapar tahap gaban. Masa tu dah hampir jam3 petang. Belum makan tengah hari lagi tau sebab terperangkap dalam macet.
 |
Wah...ada yang licin habis dimakan...lapar tahap gaban |
Sampai saja di bandar Bandung, kami singgah shopping baju batik kat Ria Busana dan sekitar. Harganya sangat murah. Memang seronok belek belek baju. Tapi kena save duit juga sebab esoknya kami akan habiskan masa untuk pergi shopping sakan.
Dah puas cuci mata, kami jalan pulang. Saya simpulkan, hari kedua di Bandung ini juga agak memenatkan dan memeningkan sebab jalan raya sesak. So, kalau korang nak datang Bandung dan nak pergi ke kawasan pelancongan seperti Tangkuban Parahu, elok lah pergi masa bukan cuti umum Indonesia.
 |
Keychain dari Tangkuban Parahu |