Yeah..hari yang ditunggu-tunggu dah sampai..shopping time..kalau korang banyak duit, maka Bandung adalah syurga membeli-belah korang. Barang-barang especially baju memang jauh lebih murah dari Malaysia. Awal pagi kami dah keluar dari rumah penginapan sambil bawa semua barang untuk pulang ke Jakarta.
Hari ketiga ni kami banyak habiskan masa di kawasan membeli belah seperti Pasar Baru dan Factory Outlets. Di Pasar Baru ni macam hypermarket tapi kebanyakkan yang dijual di dalamnya adalah pakaian, beg, dan kasut. Kalau nak beli jubah, hah! di sini lah tempatnya. Kakak saya siap beli tiga empat pasang jubah untuk dipakainya pergi mengajar. Harga tiga kali ganda jauh lebih murah dari Malaysia.
![]() |
Nak beli baju murah? |
![]() |
Kain batiknya pun murah..makcik makcik ni siap beli beg untuk dipenuhkan |
Selepas rambang mata kat Pasar Baru, kami pergi pula ke Factory Outlets. Tempat ini terdiri dari banyak bangunan kedai yang masing-masing mempunyai jenama sendiri seperti Adidas, Puma dan sebagainya. so, kalau korang nak beli pakaian berjenama, di sinilah tempatnya. Jangan heran ya, pakaian berjenama yang ada kat Malaysia ni pun kebanyakkannya diimport dari Factory Outlets ni. Harganya pun dua kali ganda lebih murah.
![]() |
Kasut futsal murah-murah di Bandung |
Kalau nak pergi Bandung, booking lah bagasi flight awal-awal. Sebab kemungkinan besar korang datang sini dengan membawa luggage satu biji saja tapi akan pulang dengan membawa dua tiga biji luggage. Itu pun kalau korang ada bajet nak shopping lah.
Okay..selesai cuci mata habiskan duit RP..kami pun bertolak ke Jakarta. Perjalanan ambil masa sekitar tiga empat jam gitu. Pulang ke Jakarta guna highway..so, kena bayar banyak tol..huhu..sempat juga singgah untuk makan nasi padang.
![]() |
Nasi Padang..nasinya belum sampai.. |
Sampai di Jakarta sekitar Jam5 petang gitu. Kami sempat juga jalan-jalan di Ancol Jakarta atau tepi pantai Jakarta. Pemandangan memang cantik. Siap boleh naik sampan lagi untuk belayar kat sepanjang Ancol.
![]() |
Sampan di Ancol |
Pulang dari Ancol, kami menuju ke hotel bajet Pop Hotel, Jakarta. Dah namanya hotel bajet, jadi don't expect something more than 3star hotel ya...biliknya memang menyelesakan juga. Kat basement, ada kedai runcit. Kat groundfloor pun ada restoran. Jadi, kalau lapar boleh lah turun layan diri.
![]() |
Rehat sambil tengok TV di bilik Pop Hotel, Jakarta |
Pendek kata, hari ketiga ni kami habiskan masa untuk shopping dan pulang ke Jakarta dari Bandung. Bagi orang yang gila shopping, pergi lah Bandung. Lepas ni kami memang ada rancangan untuk pergi Bandung lagi semata-mata nak shopping jer. Tapi kena kumpul duit lah dulu...kan kan kan..
No comments:
Post a Comment