Wah, inilah first time saya dapat naik kapal terbang dan first time juga dapat pergi Indonesia. Trip kami ke Bandung ini adalah 3 hari 3 malam lamanya. Flight dari Kota Kinabalu take off jam 5.30pm gitu dan sampai ke Jakarta sekitar jam8.30pm sebab masa tu cuaca kat Jakarta kurang baik. So, kapal terbang tu pusing-pusing kat udara dulu sambil tunggu hujan kilat reda.
![]() |
Order makan kat flight AirAsia |
Sampai kat Jakarta jer, kami terus naik kereta chartered ke Bandung. Ada tiga kereta semuanya. Kami ada seramai 17 orang. Bertolak dari Jakarta kira-kira jam9pm dan sampai kat Bandung sekitar jam 12.30 tengah malam. Adoi, penatnya naik kereta. Nasib baik highway tak macet. Kami ada juga berhenti sekejap kat tempat rehat KM57 sepanjang tol Jakarta-Cikampek. Dapat juga makan malam dan melawat bilik air. Sekali masuk, 2000RP.
Di Bandung kami menginap di sebuah rumah penginapan. Pemiliknya memang ramah dan mesra alam gitu. Namanya ialah ibu Rita kalau tidak silap saya..trip ini kami pergi tahun lalu bulan Ogos. Sampai rumah penginapan, saya terus mandi dan tidur..satu bilik kami 3 orang. Saya, kakak dan mak. Bilik lain ada yang dua dan ada yang tiga. Tahap keselesaan....saya kira okay saja lah.
Paginya jam7, kami makan sarapan dulu kat rumah penginapan tu. Nasi goreng campur ayam goreng. Saya baham jer. Jam8 kami bertolak ke destinasi pertama di Bandung iaitu Kawah Putih. Tempat ini terletak di atas bukit. So, tak hairanlah kalau korang asyik ternampak signboard "guna gigi satu". Maksudnya ialah menggunakan gear rendah. Mulanya saya pun hairan juga..gigi apa yang dimaksudkan. Tapi bila tanya driver, oooo..baru tahu.
![]() |
Jalan turun naik ke tasik Kawah Putih |
Kawah Putih ini adalah kawasan gunung berapi yang masih aktif. Di atas gunung tu ada satu tasik besar yang baunya macam batu arang. Kalau terlalu banyak hidu, akan memudaratkan kesihatan. Jadi anda dinasihatkan untuk memakai topeng mulut. Jangan risau, ada berlambak yang jual topeng mulut kat sana. Harganya RP5000 satu tumpuk.
![]() |
Rombongan kami sedang bergambar sakan... |
Kawah Putih kalau dilihat dari gambar, memang tak lari macam pantai yang indah tapi sebenarnya ia adalah tapak kawah gunung berapi. Masih banyak asap yang keluar sana sini. Kena hati-hati. Jangan pergi berenang kat dalam tu pulak yer.
Kami habiskan masa sekitar satu jam setengah kat kawasan Kawah Putih. Sambil tengok sorang lelaki berserban ni main musik kecapi, korang boleh lah tangkap gambar sana sini. Atau membeli belah batu dan serbuk dari gunung berapi. Kata mereka, batu itu boleh sembuhkan penyakit. Dah lupa penyakit apa. Saya tak berminat..hoho..
![]() |
Lelaki sedang bermain kecapi |
Balik dari Kawah Putih, kami singgah makan dulu di restoran Bebek Unti. Restoran ini unik. Makanannya pun memang sedap. Dan hari tu juga first time saya makan sup ikan Gurami atau sup ikan Talapia yang memang terbaik..walaupun bukan saya yang order..huhu
![]() |
Sup Ikan Gurami |
Tak banyak tempat yang kami dapat pergi hari pertama tu kerana macet (kesesakan lalulintas) yang melampau. Sebab kebetulan hari yang kami pergi tu adalah cuti umum di Indonesia sempena Idul Fitri. Sampai ke bandar Bandung sekitar jam7petang dah. Masa tu lah kami guna untuk pergi cuci mata shopping kat area Cibabuyut. Kawasan ini memang terkenal dengan barangan kulit yang murah-murah.
Lepas shopping...balik rumah penginapan, mandi dan tido..sangat penat sebab macet sepanjang hari...hari tu saya ada terjumpa juga dengan kembar kereta Perodua Myvi kat Batu Kawah..ingatkan sesat...rupanya kat sana bukan Perodua tapi Daihatsu..hehe..Perodua ni kan copy paste Daihatsu..betul tak??...errr..k-bai...
![]() |
Bukan Perodua Myvi...namanya Daihatsu kat Indonesia |
Assalamualaikum Wr,Wb,. Tuan /Puan
ReplyDeletesalam ... terimakasih banyak banyak sudah sudi memberikan ruang kosong untuk promote pengkhidmatan transport saya di blog yang best sangat ini
Yuk!! ke Bandung shoping & liburan. dika ada menyediakan Khidmat Transport Di Bandung & Jakarta. Pemandu berpengalaman, berterampilan kemas, jujur, peramah & sopan
(Company Name : diekha tour)
Jenis Kereta: Innova, Avanza, Apv Suzuki, Coster & Bas.
Anda boleh melawat beberapa tempat menarik di Bandung dengan menggunakan perkhidmatan yang menyediakan kereta yang dikhaskan untuk di sewa di Bandung, dan anda boleh memilih kereta yang sesuai untuk anda gunakan di Bandung. Anda hanya menulis e-mel kepada kami atau hubungi kami, pemandu kami dengan kereta yang anda perlukan akan mengambil anda di mana-mana di Bandung.
diekha tour membantu anda untuk meneroka Bandung, tempat untuk membeli-belah di Bandung, tempat untuk makan dan melihat pemandangan di Bandung, panduan kami akan membantu anda meneroka Bandung City. Dan membawa memori manis.
Kereta + Pemandu + Parking + tol + makan pemandu ( semua dalam pakej) Bandung Dalam Bandar
Kereta Taip Daily/14 jam
Suzuki APV ( 7seat )
Toyota Avanza ( 6seat )
Toyota Innova ( 7seat )
KIA Pregio ( 10seat )
Isuzu Elf ( 11-15 seat )
Isuzu Elf Long ( 16 seat )
* semua dalam pakej termasuk pemandu, petrol, tol, makan pemandu.
Email: diekha38@gmail.com;
phone +whats app: +6281 320 627 412
Fb. : diekha38@gmail.com / pusing pusing bandoeng