Hari keempatnya kami sudah berada di Jakarta selepas tiga hari jalan-jalan di Bandung. Oleh sebab tiada penerbangan terus dari Kota Kinabalu ke Bandung maka kami pilih penerbangan KK-Jakarta saja. Dapat juga melawat dua tempat sekaligus. Lagi pun murah sikit jika dibandingkan dengan flight Kota Kinabalu - Kuala Lumpur, Kuala Lumpur - Bandung. Mungkin lepas ni kami akan ambik route ni. Sebab nak juga jalan-jalan di KL...hehe..
Paginya, kami pergi ke Taman Mini Indonesia Indah, Jakarta. Namanya saja 'taman mini' tapi tempat ini memang sangat luas dan ramai orang. Biasalah kan, Jakarta adalah antara kota yang mempunyai penduduk paling padat di dunia. Kat dalam taman mini ini ada banyak benda yang korang boleh buat dan enjoy. Ia terbahagi kepada banyak kawasan. Antaranya ialah kawasan perumahan tradisional Indonesia, kawasan perumahan setiap suku kaum Indonesia, theme park, kawasan shopping, dan sebagainya. Kalau nak naik LRT, keretapi, dan sky cruise, boleh juga. Inilah first time saya naik sky cruise. Mulanya agak gementar juga sebab sky cruise tu tinggi dan bergoyang. Kat sini korang boleh nampak pemandangan sekitar Taman Mini yang luas tu. Memang cantik.
 |
Singgah ambik gambar kat depan Museum Purna Bhakti Pertiwi |
 |
Aik...ada Angry Bird lah.. |
Lepas naik sky cruise, kami jalan-jalan lagi di sekitar perumahan tradisional dan suku kaum Indonesia. Salah satu rumah yang kami pergi ialah kawasan perumahan puak Papua. Kat dalam ni korang boleh jumpa dengan puak Papua sebenar. Selain tu boleh juga tengok sejarah kehidupan mereka dalam muzium mini mereka.
 |
Kawasan perumahan tradisional puak Papua |
 |
Hahahah...pak cik yang sporting |
Keluar dari Taman Mini, kami singgah makan sebentar kat shopping mall Manga Dua. Kat sini pun boleh shopping juga tapi harganya tak semurah kat Bandung. Lepas cuci mata kat sini, kami pergi pula kat Monas atau Monumen Nasional Indonesia. Monumen ini dibina untuk memperingati perjuangan rakyat bawah pimpinan Bung Karno untuk menentang tentera Jepun dan seterusnya mencapai kemerdekaan pada 17 Ogos 1947. Kawasan ini pun memang ramai orang. So, be sure to keep tight your bag.
 |
Monas, Jakarta |
 |
Atas menara Monas tu adalah emas tulen..entah betul ker tak.. |
Selesai perjalanan untuk hari keempat, kami pulang semula ke hotel. Malamnya saya habiskan masa tengok drama lucu Indon..esoknya nanti adalah last day kat Jakarta. Nak balik Sabah dah...huhu
No comments:
Post a Comment